{"id":4353,"date":"2026-07-02T08:31:00","date_gmt":"2026-07-02T08:31:00","guid":{"rendered":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/?p=4353"},"modified":"2026-07-09T08:32:42","modified_gmt":"2026-07-09T08:32:42","slug":"the-weststar-group-upnm-perkenal-subjek-misil-dan-roket-perkukuh-bidang-aeroangkasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/the-weststar-group-upnm-perkenal-subjek-misil-dan-roket-perkukuh-bidang-aeroangkasa\/","title":{"rendered":"The Weststar Group &#8211; UPNM perkenal subjek misil dan roket, perkukuh bidang aeroangkasa"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/news-upnm-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-4302\" srcset=\"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/news-upnm-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/news-upnm-300x200.jpg 300w, https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/news-upnm-768x512.jpg 768w, https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/news-upnm.jpg 1400w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p><em><strong>CANBERRA, 2 Julai \u2013<\/strong>\u00a0<\/em>Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bakal memperkenalkan subjek berkaitan misil dan roket sebagai sebahagian daripada pengukuhan kurikulum sains dan kejuruteraan aeroangkasa menjelang 2027.<\/p>\n\n\n\n<p>Komitmen itu dibuat susulan kerjasama strategik antara Weststar Group Sdn. Bhd. (Weststar) dengan Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI) dari Australia.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif itu merupakan antara fokus utama kerjasama yang dimeterai menerusi Perjanjian Usahasama Strategik (JVA) di Canberra, yang dianggarkan berpotensi menjana nilai komersial jangka panjang melebihi RM42 bilion dalam sektor aeroangkasa, pertahanan, satelit dan teknologi maju.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui kerjasama berkenaan, UPNM diberi kepercayaan oleh Weststar sebagai rakan strategik bagi menerajui penyelidikan, pemindahan teknologi serta pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang pertahanan dan aeroangkasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad berkata, pengenalan bidang berkaitan roket dan misil akan dilaksanakan secara berfasa, bermula dengan program peningkatan kemahiran sebelum diperluaskan ke peringkat pengajian tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, pada fasa pertama, UPNM akan menawarkan kursus teknikal jangka pendek selama enam bulan kepada peserta yang mempunyai latar belakang kejuruteraan, dengan tenaga pengajar daripada universiti di Australia dibawa ke UPNM bagi meningkatkan kepakaran pensyarah serta tenaga kerja tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFasa kedua pula melibatkan pelajar prasiswazah yang akan mengikuti silibus baharu dalam bidang aeroangkasa, termasuk subjek berkaitan teknologi roket dan misil sebagai sebahagian daripada program pengajian mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeterusnya, pada fasa ketiga, program pascasiswazah melibatkan peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) akan diperluaskan bagi menyokong penyelidikan serta pembangunan teknologi pertahanan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis menandatangani Perjanjian Usahasama Strategik antara Weststar dan RTI di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, fasa keempat akan memberi tumpuan kepada pembangunan industri apabila Weststar dan RTI menubuhkan entiti usaha sama di Malaysia dan Australia bagi membangunkan teknologi tempatan, sekali gus membuka peluang kepada graduan UPNM menyertai industri berteknologi tinggi hasil kolaborasi tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Perjanjian bersejarah itu ditandatangani oleh Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim bersama Pengasas RTI, Allan James Payne.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama ini akan meningkatkan pengetahuan negara dalam industri aeroangkasa, termasuk teknologi satelit dan roket.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa juga menyokong pemindahan ilmu kepada UPNM supaya lebih ramai saintis, jurutera dan juruteknik dalam bidang pertahanan berteknologi tinggi dapat dilahirkan pada masa hadapan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi memperkukuh penguasaan teknikal, UPNM turut akan mendapat sokongan kepakaran daripada University of Southern Queensland (UniSQ), yang sebelum ini telah menjalin kerjasama dengan RTI dalam pembangunan teknologi aeroangkasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/berita.rtm.gov.my\/nasional\/senarai-berita-nasional\/senarai-artikel\/upnm-perkenal-subjek-misil-dan-roket-perkukuh-bidang-aeroangkasa\/\">https:\/\/berita.rtm.gov.my\/nasional\/senarai-berita-nasional\/senarai-artikel\/upnm-perkenal-subjek-misil-dan-roket-perkukuh-bidang-aeroangkasa\/<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>CANBERRA, 2 Julai \u2013\u00a0Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bakal memperkenalkan subjek berkaitan misil dan roket sebagai sebahagian daripada pengukuhan kurikulum sains dan kejuruteraan aeroangkasa menjelang 2027. Komitmen itu dibuat susulan kerjasama strategik antara Weststar Group Sdn. Bhd. (Weststar) dengan Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI) dari Australia. Inisiatif itu merupakan antara fokus utama kerjasama yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[7],"tags":[],"class_list":["post-4353","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-online-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4353","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4353"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4353\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4354,"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4353\/revisions\/4354"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4353"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4353"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4353"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}