{"id":4359,"date":"2026-07-02T09:11:00","date_gmt":"2026-07-02T09:11:00","guid":{"rendered":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/?p=4359"},"modified":"2026-07-09T09:13:31","modified_gmt":"2026-07-09T09:13:31","slug":"the-weststar-group-upnm-bakal-perkenal-modul-roket-misil-dalam-jurusan-kejuruteraan-menjelang-2027","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/the-weststar-group-upnm-bakal-perkenal-modul-roket-misil-dalam-jurusan-kejuruteraan-menjelang-2027\/","title":{"rendered":"The Weststar Group &#8211; UPNM Bakal Perkenal Modul Roket, Misil Dalam Jurusan Kejuruteraan Menjelang 2027"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/news-upnm-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-4302\" srcset=\"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/news-upnm-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/news-upnm-300x200.jpg 300w, https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/news-upnm-768x512.jpg 768w, https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-content\/uploads\/2026\/07\/news-upnm.jpg 1400w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>CANBERRA, 2 Julai (Bernama) &#8212; Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bakal memperkenalkan modul pembelajaran baharu berkaitan teknologi roket dan misil menjelang 2027.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPNM Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad berkata modul yang akan dijadikan subjek wajib bagi pelajar bidang kejuruteraan itu bertujuan melahirkan lebih ramai pakar tempatan dalam teknologi berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita mahu melahirkan pakar dalam kalangan generasi baharu supaya apabila industri ini berkembang, ia diterajui sepenuhnya oleh anak\u00a0muda tempatan sekali gus menjaga kedaulatan aset pertahanan negara tanpa perlu bergantung atau didominasi oleh pihak luar,&#8221; katanya ketika ditemui dalam siri lawatan kerja di sini, baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Arman Rumaizi berkata inisiatif berkenaan digerakkan menerusi kolaborasi strategik bersama universiti terkemuka di Australia yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang roket dan misil, seperti University of Southern Queensland (UniSQ) dan University of New South Wales (UNSW).<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan kurikulum itu, beliau berkata perbincangan awal telah diadakan bersama UniSQ dan\u00a0delegasi universiti berkenaan dijadual melawat UPNM dalam masa\u00a0terdekat bagi memperincikan pemadanan program kejuruteraan sedia ada dengan modul baharu itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Arman Rumaizi berkata strategi pembangunan kepakaran tempatan dalam teknologi roket dan misil merangkumi empat fasa utama iaitu program peningkatan kemahiran menerusi kursus pendek untuk pensyarah dan tenaga kerja tempatan dan\u00a0\u00a0penyelarasan silibus baharu bagi penuntut sarjana muda dan pascasiswazah.<\/p>\n\n\n\n<p>Fasa seterusnya ialah\u00a0kerjasama dengan pemain industri seperti Weststar Group dan Rocket Technologies International Pty Ltd (RTI),\u00a0Australia serta penempatan pelajar dalam industri bagi menjalani latihan dan mengendalikan teknologi itu secara praktikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata\u00a0UPNM juga dipertanggungjawabkan\u00a0oleh Kementerian Pertahanan untuk bertindak sebagai penyelaras utama bagi menyelaras\u00a0kepakaran daripada universiti awam lain seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara yang dilancarkan pada Januari lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini adalah satu pendekatan strategik baharu. Walaupun ia tidak akan berlaku dalam sekelip mata, UPNM komited untuk memulakan langkah konkrit ini demi memastikan Malaysia mampu memiliki dan membina roket sendiri pada masa hadapan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber: <a href=\"https:\/\/www.bernama.com\/bm\/am\/news.php?id=2575677\">https:\/\/www.bernama.com\/bm\/am\/news.php?id=2575677<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>CANBERRA, 2 Julai (Bernama) &#8212; Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bakal memperkenalkan modul pembelajaran baharu berkaitan teknologi roket dan misil menjelang 2027. Naib Canselor UPNM Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad berkata modul yang akan dijadikan subjek wajib bagi pelajar bidang kejuruteraan itu bertujuan melahirkan lebih ramai pakar tempatan dalam teknologi berkenaan. &#8220;Kita mahu melahirkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[7],"tags":[],"class_list":["post-4359","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-online-news"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4359","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4359"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4359\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4360,"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4359\/revisions\/4360"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4359"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4359"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/weststar.com.my\/wg\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4359"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}